Thursday, December 8, 2016

[Tazkirah Bulan Ini]

Bagaimanakah cara kita menerapkan NILAI ISLAM dalam gerak kerja kita?
.
1. #NIAT
2. #SABAR
3. #USAHA
.
.
p/s: sila baca sampai ke akhirnya.. :)
.
.
 Berniat semata-mata kerana Allah SWT.
.
.
Seperti mana hadith didalam Kitab Riyadus Sollihin:
عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ” إنما الأعمال بالنيات , وإنما لكل امرئ ما نوى , فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله , ومن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها و امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه “- متفق عليه –
.
.
Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”.
.
.
Jika tidak disetakan niat, maka segala perbuatan akan menjadi sia-sia. Diibaratkan seperti seorang lelaki yang ingin minum air. Dia menadah air dengan menggunakan kedua belah tangannya, namun jari-jarinya dijarangkan/dibuka. Maka tidaklah dia dapat meminum air tersebut dan perbuatannya itu diibaratkan hanya sia-sia. (Dipetik dari kisah Surah Ar-Rad:14)
.
.
.
 Bersabar dalam bekerja.
Ayat Al-Quran ada menyebut :
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; (Surah Ar-Rad:22)
.
.
Apakah ganjarannya bagi orang yang bersabar ini? kita teruskan dengan ayat yg ke 23 yg bermaksud:
.
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Surah Ar-Rad:23)
.
.
Apakah kamu masih tidak mahu bersabar?
Mari kita renung sejenak..
.
.
.
 Berusaha sebaik mungkin dalam bekerja.
.
.
Kita perlu sedar, hidup kita di atas muka bumi ini hanya sementara. Kita memerlukan sokongan, dorongan, teman dan keluarga. Malah kita memerlukan ALLAH untuk kuat.
.
Perlu kita tanam dalam diri kita satu soalan;
.
.
" ADAKAH ALLAH SUDAH MENGGUNAKAN KITA UNTUK ISLAM PADA HARI INI? "
.
.
Kenapa kita perlu takut bahawa ALLAH tidak menggunakan kita untuk Islam?
.
Ya! Hakikatnya, ALLAH lebih mengetahui mana hati2 yang mahu untuk menerima petunjuk. Seperti mana Allah terang didalam Al-Quran, maksudnya:
.
" Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada Islam)."
(Surah Al-Qasas:56)
.
.
Hakikat kita untuk ke syurga bukan hanya dengan menggoyangkan kaki dan tup2!, terus masuk ke syurga. TIDAK! sama sekali TIDAK!
.
Orang yang mumtaz pun memerlukan usaha, apatah lagi untuk menjejakkan kaki ke syurga.
.
.
Kita perlu sedar bahawa amanah kita di atas muka bumi ini sangat banyak. (Apa kita buat sebagai DAIE? Apa yang kita sudah buat sebagai KHALIFAH? dan apa yang kita sudah selesaikan sebagai HAMBA di atas bumi ini?.. Mari renungkan)
.
Perlu kita tanya pada diri sendiri;
.
.
" APA YANG BOLEH AKU BUAT UNTUK ISLAM SEMASA UMUR 22 TAHUN INI? "
.
.
SUPAYA kita sedar! bahawa, ajal maut itu semakin menghampiri. NAMUN! Apakah usaha kita sudah cukup untuk membantu ISLAM sekarang?
.
.
JADI! Belum terlambat untuk sama2 kita berusaha dalam gerak kerja ini. Boleh jadi, amalan inilah yg menarik kita jauh dari azab api neraka itu kelak.. In Shaa ALLAH.
.
.
.
.
#JOMBERGERAKDEMIISLAM

Wednesday, November 2, 2016

Promosi Nurraysa!

Assalamualaikum semua!

Bismillahirohmanirohim.. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia olehNYA... Dikurnikan Iman dan Islam.. ini adalah antara nikmat yang perlu kita syukuri.. ALHAMDULILLAH!

Kesempatan ini, saya nak promote sikit Produk Nurraysa Beauty ni! Baru try guna dah SEBULAN.. ALHAMDULILLAH ada kesan yang Positif.. Alang-alang dah puas hati, saya pun jadilah dropship Nurraysa ni semoga anda yang lain pun dapat kepuasan yang sama macam saya..hehe

Mari saya perkenalkan Produk-produk Nurraysa ni :

1) ARGAN Whitening Moisturizer -》 Melembab, menghaluskan, merawat kulit kering dan parut, serta mempunyai vitamin E.

(#recomended! saya guna yang ini..)



2) UV Krim -》Melindungi kulit dari sinaran matahari dan menjadikan kulit cerah berseri.

(#ni pun saya guna :))

\

3) DD Moist Cake -》bedak 3 in 1, tanpa silicone, menjadikan tona kulit wajah sekata, kulit halus dan glowing, merawat kulit wajah dan mesra solat..mempunyai 3 kaler.

(#Recomended! tak perlu pakai banyak-banyak mekap.. terutamanya untuk orang yang malas nak tempek banyak-banyak benda kat muka macam saya ni..hahaha nanti kulit jadi cantik berseri-seri! Serius tak tipu)

4) Shampoo Habbatus Sauda   -》 shampoo 2 dalam 1, tanpa SLES dan paraben, menguatkan akar rambut, merawat kelemumur, rambut kering, kusam dan gugur.

(#Hot ITEM! haha Rambut saya memang stail kering.. so kena beli conditioner kasi lembut sikit.. Tapi kalau dah guna shampoo ni xperlu dah bazir duit beli conditioner.. Guna shampoo ni pun dah PADU! cenggini (Y) (Y) haha)


5) Sabun -》Membersihkan dan mencerahkan kulit muka, mengurangkan jerawat, jeragat, parut, melembabkan wajah, menanggalkan sisa make up, kulit berminyak, merawat ruam, eczema, gatal-gatal dan banyak lagi..

(#HOT item jugak ni! Kalau tak percaya, tengok muka saya kat page last nanti.. Alhamdulillah licin je lepas guna sabun ni.. Jerawat pun jarang dah naik..hihi)


6) Lipstick -》Merawat bibir hitam, kusam, kering, melembabkan bibir, paling best mesra sholat
❗ lipstick keluaran nurraysa tanpa plumbum tau! 


Setakat ni, saya upload produk yang ni je la dulu.. sebenarnya banyak lagi produk dia tau.. haha kalau nak detail lagi boleh pm saya.. atau whatsapp saya di +60135197564

Nah dah janji tadi nak selitkan gambar..haha


Contact me ok?? :)





Thursday, March 20, 2014

sem 2 yang most complicated.. haha

ALHAMDULILLAH... haha saja nak post.. takde koje orang kata.. 

esok hari jumaat ^^ 


i need to study.. banyaknya buku kena baca.. final exam 1/6.. ALLAH kuatkan aku !!


Thursday, December 19, 2013

Aku Lupa.. Aku Adalah Khalifah..

Kepimpinan ? Antara Mahu atau Tidak ?


“ Eh, Badrul. Kau tak ada rasa nak jadi ketua persatuan apa-apa ke? ”
“ Hah? Aku nak jadi ketua Arip? Sapa lah aku ni. Dah la tak ada bakat dan pengalaman dalam benda-benda ni. Lagipun aku sibuk lah. Tak ada masa. Malas lah aku. ”
“ Herm, memanglah kau tak ada bakat dan pengalaman dalam benda-benda macam ni. Dah kau tak cuba. Macam mana nak dapat bakat dan pengalaman tu? Nak kata masa tak ada, aku tengok tiap malam kau main DOTA. Hah, macam mana tu? ”


“ Gulp..”



Ya. Acap kali terukir di bibir para mahasiswa dan mahasiswi sekarang bahawa “ Aku tak ada masa..”. Betul kah tiada masa? Ataupun kita tidak pandai membahagikan masa kita? Dan meletakkan alasan tiada masa itu sebagai jalan keluar untuk kita tidak mencuba membuat sesuatu perkara yang baru? Fikir-fikirkan sejenak. Apakah alasan kita untuk melarikan diri dari menjadi khalifah di atas muka bumi ini? Sedangkan ALLAH telah berfirman:





v  Batu Besar, Batu Kecil.
Saya ingin membawa sebuah kisah seorang Professor bersama anak-anak muridnya mengenai sebuah balang kaca yang kosong. Beliau telah mengisi balang kaca tersebut dengan batu-batu besar sehingga tidak boleh diisi lagi. Beliau bertanya , “ Adakah balang ini sudah penuh?. ” Anak-anak muridnya menjawab, “Ya.”
                Professor itu kemudiannya berkata, “ Tidak, kamu silap. Balang ini masih belum penuh. ”
Lantas beliau mengisi balang tersebut dengan batu-batu kecil. Batu-batu kecil itu mengisi ruang yang ada dicelah-celahan batu-batu besar yang ada. Beliau bertanya lagi, “ Haa, sekarang adakah balang ini sudah penuh?. ” Anak-anak muridnya menjawab, “Ya. Sudah tiada ruang di situ. ”
                Professor itu kemudiannya mengeluarkan seplastik pasir halus. “ Salah. Kamu semua salah lagi. Balang ini masih belum penuh. Kalau saya isi dengan pasir ini, adakah balang ini sudah penuh?. ”
Professor mengisi balang tersebut dengan pasir. Pasir mengisi ruang-ruang kecil yang masih wujud sehinggalah penuh. Anak-anak muridnya menjawab dengan penuh yakin, “ Ya Professor. Kali ini kami sepakat bahawa balang itu sudah penuh ! ”
                Professor tersenyum. “ Saya suka semangat kamu semua, tapi malangnya kamu salah lagi. ” Professor mengeluarkan sejag air dan menuangkan ke dalam balang tersebut. Pasir menjadi mendap dan air sifatnya memenuhi ruang balang yang ada. Professor berkata sambil tersenyum, “ Hah, bila sudah melimpah airnya, barulah dikatakan penuh.”


v  Apa itu air bagi setiap daripada kita?
Berbalik kepada alasan, “Aku tak ada masa.” Betulkah tiada masa, ataupun kita tidak menyusun masa kita. Masakan masa bisa cukup jika kita menghabiskan masa kepada benda yang tidak berfaedah?. Itulah yang diibaratkan sebagai air seperti cerita Professor tadi. Balang diibaratkan sebagai masa kita, yakni 24 jam sehari. Batu besar melambangkan perkara utama dan penting. Batu kecil pula ibarat perkara utama dan tidak penting. Pasir pula adalah perkara yang tidak utama tapi penting. Manakala air pula adalah perkara yang tidak utama dan tidak penting.
                Kita acap kali mengisi masa kita dengan perkara yang tidak berfaedah. Kita isi masa dengan menonton drama Korea, movie, PES, DOTA, Fb, melepak dan tidur yang banyak. Sebab itulah, kita sering tidak cukup masa. Sedangkan bila kita susun masa kita, priority kita sebagai khalifah, hamba dan Daie di atas muka bumi ini juga bisa diperkukuhkan.


v  “Maaf. Tiada bakat dan pengalaman memimpin.”
‘Bakat’ pentafsiran dari kamus bahasa adalah kebolehan yang belum diketahui atau diperlihatkan kepada orang umum.
Bakat untuk menjadi seorang pemimpin itu tidak akan datang bergolek tanpa diasah terlebih dahulu. Bagaimana kita mahu memimpin jika diri kita masih tidak dipimpin?. Selemah-lemah manusia itu juga adalah pemimpin bagi dirinya sendiri. Mahu tidak mahu, Kamu semua adalah pemimpin !.
                Jadi, para mahasiswa dan mahasiswi mestilah hebat dalam memimpin diri sendiri. ( jika tidak, bagaimana boleh menjadi pelajar universiti. Kan?) Kalau diikutkan logiknya, semua boleh memimpin orang lain. Sama ada mahu atau tidak. Bagaimana kita bisa mengasah bakat dan memperolehi pengalaman dalam memimpin jika kita tidak pernah mencuba ?. Kita merasa kita tidak layak kerna kita masih ada kekurangan diri. Ya. Hakikatnya manusia itu tidak sempurna. Kita cuba perbaiki diri disamping menyeru dan memimpin orang lain ibarat kalam Almarhum Mustafa Masyhur ( Mursyidul – Am IM yang kelima )


v  Isilah! Jangan jadi orang yang merugi.
Antara mahu atau Tidak?. Ya, semuanya berbalik kepada hati. Itulah puncanya.



                Konklusinya, kita adalah pelajar. Dan kita juga adalah khalifah. ALLAH tidak akan menciptakan manusia itu dengan sia-sia dan bersuka ria diatas muka bumi ini. Ayuh! Kamu mampu mengubah diri kamu. “ALLAH tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri” (Ar-Rad:11) . Tidak ada kejayaan bagi orang yang berpangku tangan, tidak ada kemenangan buat mereka yang tidak mahu mengubah cara hidup, dan tidak ada kemuliaan bagi orang yang malas. Kejayaan itu hanya akan datang kepada manusia yang hari-harinya diisi dengan usaha dan doa.
Wallahualam.




Oleh :
Nurul Fasehah binti Zulkelnain


Tahun 2, Universiti Kaherah



Friday, December 13, 2013

Thursday, December 5, 2013

Indahnya Iman Raja TUBBA'


Indahnya iman Raja Tubba'

" Apakah mereka (kaum musyrikin) yang lebih baik atau kaum Tubba' dan orang-orang
yang sebelum mereka yang telah Kami binasakan 
kerana mereka adalah orang-orang
yang sungguh berdosa "

[ Surah Ad-Dukhan : 37 ]

bila selak-selak ayat quran..terselak muka surat ni..
terdetik.." ehh kaum Tubba' ? kenape macam x penah dengar je"

Kaum Tubba' adalah kaum yang menetap di Yaman suatu ketika dahulu.
Tubba' adalah gelaran bagi Raja-Raja..

" Dan juga kaum Aikah serta kaum Tubba'. Semuanya telah mendustakan
rasul-rasul; maka berlakulah ancamanku keatas mereka "

[Surah Al-Qaaf : 14 ]

Alkisah pada suatu masa dahulu.. sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.a.w, 
terdapat sebuah kerajaan yang diperintah di bawah naungan Raja Tubba'
di Yaman.. kerajaannya sangat gemilang..
Semua rakyatnya amat mengagung-agungkan Raja Tubba'.

Dan pada suatu hari, Raja Tubba' dan bala tenteranya telah sampai ke Makkah.
Mereka melihat bertapa indahnya Kaabah yang dibina di tengah-tengah
bandar Maakah.. Dan Kaabah amat diagung-agungkan
oleh masyarakat Maakah sampai
dihiasinya sekeliling Kaabah itu berhala-berhala
yang dipenuhi emas, berlian dan makanan.

Namun kedatangan Raja Tubba' ke Maakah tidak dilayan oleh
masyarakat Maakah.. Bahkan menteri-menteri Maakah juga tidak melayan mereka.
Maka timbullah kehairanan di fikiran Raja Tubba' kerana
di kerajaannya, semua rakyatnya mengagungkannya..
Dan timbul juga detik di hatinya untk
menghancurkankan Kaabah supaya masyarakat Maakah mengagungkannya..

Sedetik niat di hatinya telah menyebabkan beliau pening. Dan air busuk telah keluar
dari mulut dan hidungnya.. Ramai menteri dan bala tenterannya melarikan
diri drpdnya.. hari demi hari.. Bermacam-macam jenis
tabib dipanggil untuk merawatnya.. namun tidak juga sembuh

Namun pada suatu hari.. seorang alim telah berjumpa dengannya..
" wahai Raja Tubba', aku bisa merawatmu.. namun
perintahkanlah menteri-menterimu keluar..
aku mahu merawatmu bersendirian "

Dan tinggallah Si Raja dan orang alim di dalam istana..
si Alim bertanya :
" wahai Raja.. adakah kamu ada menyimpan suatu niat yang tidak baik sebelum ini ? "

Raja menjawab :
" Yaa.. aku ada terdetik mahu meruntuhkan Kaabah di Makkah "

Si Alim :
" wahai Raja, jika kamu ingin sembuh dari sakitmu.. kamu betulkanlah niatmu 
itu terlebih dahulu.. dan beriman la kamu kepada tuhan kami..
sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH "

Raja pun membetulkan niatnya dan beriman bahawa tiada tuhan yang disembah 
melainkan ALLAH.. Dan serta merta sakitnya sembuh.

Raja bertanya kepada 400 Orang Alim :
" wahai Orang alim.. selepas ini kamu mahu kemana? aku mahu mengikutmu.."

orang Alim :
" ya .. kami semua mahu ke Yastrib... sesungguhnya suatu hari nanti akan ada seorang Nabi
akhir zaman yang akan sampai ke Yastrib.. dan Kami mahu berjumpa dengannnya.. "

Dan si Raja pun mengikut orang Alim ke Yastrib. Orang Alim menceritakan susuk tubuh Nabi
Muhammad S.a.w seperti yang terkandung pada kitab-kitab terdahulu.

Raja Tubba' menetap di Yastrib setahun dan berhijrah ke india dan meninggal di sana.

Sebelum berhijrah.. Beliau telah menulis sebuah kitab untuk disampaikan bila Nabi sampai di
Yastrib. beliau menulis bahawa beliau beriman kepada Nabi Muhammad S.a.w 
sebelum melihat Nabi dan tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH.
Beliau telah mengecop kitabnya dengan cop emas
dan kitab tersebut diberikan kepada orang Alim yang menetap di situ selama-lamanya.

Dan kitabnya dipelihara selama 1000 tahun.. (walaupun berpindah tangan dari orang alim 
dan kepada orang alim yang lain )

Dan selepas 1000 tahun.. muncullah Nabi yang ditunggu-tunggu datang ke Yastrib.
Nabi membacanya di rumah Abu Ayyub Al-Anshari Radiallhuanhu.

wallahualam..


Monday, September 30, 2013

Dinner batch 2012/2013

27 September 2013. I cafe FTC. Sebuah majlis makan malam telah diadakan di Kuala Lumpur. .

Susah la formal ni..haha ok.. hari jumaat lalu.. ajk batch yg terlibat dalam menguruskan dinner telah mengadakan dinner di KL.. ada macam2 makann.. tpi xd selera la sebb makanannya aku x minat sangat.. kalau ad makanan kenduri ke aku selera la makan..haha tpi kita kena bersyukur.. jgn complain 2.. x baik ..hehe

So.. aku bertolak dari perak awal.. dalam area pkul 12.30 tgah hari.. sampai kl sentral dalam pkul 2.30 petang.. jadi tunggu la si raihan datang dalam pkul 6.. haha jenuhla tunggu.. tp x kisah pun.. hehe tpi kitorg sampai lmbtlaa.. orang dah habis makan dh.. segan pulak.. haha tpi aku x kisah juga.. biarla

So malam tu.. mcm2 perasaan ada.. ada ase gembira dapat jumpa kawan2.. ad rasa sedih sebab ada kawan2 dan someone tu sambung study kt msia.. tpi itulah.. rezeki kita kan lain2. . Jdi saya redha akan ketentuannya.. itu yang terbaik untuk aku dan kamu.. jadi mana2 pun baik..InsyaALLAH. .

Lastly.. jom balik mesir.. masuk second year.. hehe Alhamdulillah mcm x percaya.. YA ALLAH permudahkanlah segala urusanku.. amin..

Lawa kan kami semua?  Muehehe